Anda di sini

SUKMA 18: Sarawak raih pingat perak menerusi acara Karate Kata

Advertisement

Oleh Connie Sylvia Mesa

MIRI: Pasukan Karate Sarawak menyumbang pingat pertama perak pada acara Kata yang dipertandingkan pada petang tadi menerusi atletnya, Nazirah Tuwah.

Ia turut merupakan satu-satunya pingat yang disumbangkan pasukan Karate Sarawak pada pembuka tirai acara yang diadakan di Stadium Bandaraya Miri.

Sementara pingat emas dirangkul pasukan Pulau Pinang, manakala tempat ketiga dikongsi pasukan Kelantan dan Johor.

Acara karate akan diteruskan esok bagi lima kategori iaitu Kata Berpasukan Lelaki, Kata Berpasukan Wanita, Kumite bawah 60kg Lelaki, Kumite bawah 50kg Wanita dan Kumite bawah 55kg Wanita.

Nazirah (tiga kiri) bersama pingat dimenanginya.

Advertisement