Anda di sini

Pusat Skuasy Sarawak terbesar di Malaysia

Advertisement
 Saravanan bersama tetamu meninjau Pusat Skuasy Sarawak di Kuching semalam.

TERBESAR: Saravanan bersama tetamu meninjau Pusat Skuasy Sarawak di Kuching semalam.

KUCHING: Pusat Skuasy Sarawak mempunyai lapan unit gelanggang menjadikan yang terbesar di Malaysia.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M Saravanan berkata ia merupakan yang pertama mempunyai gelanggang untuk perlawanan beregu di negara ini.

Selain itu, katanya pusat tersebut memiliki kualiti bertaraf antarabangsa.

“Dengan adanya kemudahan seperti ini, saya yakin sukan skuasy akan menjadi acara terbilang di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan penyerahan Pusat Skuasy Sarawak daripada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia kepada Kementerian Belia, Sukan dan Solidariti Sarawak di sini semalam.

Upacara tersebut disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Belia dan Sukan Malaysia Nik Abang Kadir Nik Mohammad dan Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan dan Solidariti, Kameri Affandi.

Turut hadir Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Ahmad Shapawi dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sukan Sarawak, Dr Ong Kong Swee.

Pusat Skuasy Sarawak mula dibina pada Ogos 2015 dan siap pada Jun tahun ini dengan nilai RM7.4 juta.

Ia juga menjadi medan perlawanan bagi pemain-pemain skuasy mewakili negeri masing-masing pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA XVIII) berlangsung dari 22 hingga 31 Julai ini.

Advertisement