Anda di sini

Debak Cemerlang muncul juara pertandingan Sehati Sejiwa Syawal di Debak

Advertisement

DEBAK: Pasukan Debak Cemerlang muncul juara Pertandingan Bola Sepak 7 Sebelah Sehati Sejiwa Syawal 2016 anjuran Kelab Sukan dan Rekreasi Laser Light (KSRLL) Debak bertempat di Padang KEMAS, Debak di sini kelmarin.

Naib iohan pula disandang oleh pasukan Debak Sejahtera, manakala tempat ketiga bersama dimenangi Debak Harmoni dan Debak Sepakat.

Johan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM300 serta medal, manakala naib johan RM200 serta medal dan tempat ketiga bersama menerima RM100 serta medal.

Sebanyak enam pasukan mengambil bahagian dalam pertandingan ini yang diadakan sempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

Advertisement