Anda di sini

MBKS anjur pertandingan ‘Kuching Got Talent 2016’

Advertisement

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menganjurkan pertandingan ‘Kuching Got Talent 2016’ bagi orang ramai menonjolkan bakat lakonan, tarian, seni mempertahan diri, bermain alat muzik dan sebagainya.

Pertandingan tersebut dibahagi kepada tiga kategori iaitu menyanyi, menari dan bakat-bakat lain seperti bermain alat muzik, magik, seni mempertahan diri dan sebagainya.

Pemenang kategori tarian dan nyanyian menerima hadiah wang tunai RM3,000 serta piala manakala hadiah kedua dan ketiga adalah RM2,000 dan RM1,000 serta piala.

Pada masa sama, tujuh hadiah sagu hati turut diberikan iaitu wang tunai RM100 dan piala.

Bagi kategori bakat-bakat lain, hadiah pertama wang tunai RM2,000 serta piala manakala pemenang kedua dan ketiga masing-masing menerima RM1,500 dan RM800 serta piala termasuk tujuh hadiah sagu hati RM100 dan piala.

Penganjur turut mengekalkan anugerah ‘Like’ paling banyak di Facebook.

Seperti tahun lalu, penyertaan pertandingan pertunjukan bakat ini adalah secara percuma dan tidak terhad kepada usia, jantina atau agama.

Uji bakat akan diadakan pada 30 Julai (Sabtu) di Auditorium MBKS menerusi dua sesi iaitu dari 2 hingga 4 petang untuk kategori tarian, jam 4.30 hingga 5.30 petang untuk kategori bakat-bakat lain.

Uji bakat bagi kategori nyanyian diadakan pada 31 Julai (Ahad) dari jam 2 hingga 4 petang di tempat sama.

Borang pendaftaran boleh didapati di kaunset pengawal MBKS atau menerusi www.mbks.gov.my.

Borang yang lengkap diisi harus dihantar ke Aras 3 MBKS (Unit Perhubungan Awam) atau faks ke 082-421851 selewat-lewatnya jam 4.30 petang pada 29 Julai (Jumaat).

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Andrew Tion (019-8282095) atau Chu (017-8611800).

Advertisement