Anda di sini

Lo seru PBHK terus terlibat promosikan kegiatan sukan

Advertisement

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Lo Khere Chiang menyeru agar Persatuan Belia Hindu Kuching (PBHK) terus terlibat dalam mempromosikan sukan, pendidikan menerusi sukan dan pembangunan kesihatan.

Katanya, ini kerana penglibatan dalam kegiatan sukan memberi banyak manfaat khususnya kepada golongan belia.

“Menerusi sukan, ia bukan sahaja meningkatkan kemahiran serta keupayaan kita tetapi juga mengelakkan kita khususnya golongan muda daripada gejala negatif,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kejohanan Futsal PBHK 2016 di Gelanggang Futsal Coneli, Matang di sini, semalam.

Sementara itu, kejohanan tersebut menyaksikan pasukan MIFA FC muncul juara sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM700 serta piala.

Tempat kedua dimenangi oleh pasukan Vallavan FC dan ketiga pasukan Taman Emas FC yang masing-masing menerima hadiah wang tunai RM500 dan RM300 berserta piala.

Sebanyak enam pasukan berentap pada kejohanan tersebut.

 

Advertisement