Anda di sini

Kejohanan antarabangsa landasan terbaik buat pemain bola tampar kembangkan kemahiran

Advertisement
 Lau (tiga kiri) menyampaikan cenderamata kepada wakil salah satu pasukan bersaing pada Kejohanan Bola Tampar Jemputan Antarabangsa Sibu 2016.

SELAMAT MAJU JAYA: Lau (tiga kiri) menyampaikan cenderamata kepada wakil salah satu pasukan bersaing pada Kejohanan Bola Tampar Jemputan Antarabangsa Sibu 2016.

SIBU: Penganjuran kejohanan bola tampar peringkat antarabangsa dapat menjadi landasan terbaik kepada pemain- pemain bola tampar memperkembang kemahiran dan bakat mereka.

Presiden Persatuan Bola Tampar Sarawak (SAVA), Temenggung Datuk Vincent Lau berharap pemain-pemain dapat bersaing dengan semangat kesukanan dan peluang sama untuk semua.

“Menerusi penganjuran kejohanan peringkat antarabangsa ini, saya berharap semua pemain dapat mempelajari kemahiran antara satu sama lain dan mengeratkan hubungan persahabatan,” jelasnya.

Lau berkata demikian ketika merasmikan Kejohanan Bola Tampar Jemputan Antarabangsa Sibu 2016 di Stadium Tertutup Bola Tampar SVA di Taman Rejang semalam.

Katanya, kejohanan peringkat antarabangsa juga adalah satu penghormatan kepada mereka dan peminat-peminat tempatan berpeluang menyaksikan pemain bola tampar antarabangsa mempamerkan kemahiran mereka.

Kejohanan empat hari bermula 9 hingga 12 Julai ini disertai pasukan bola tampar dari negara Thailand, Semenanjung Malaysia dan Sarawak.

Sementara itu, Lau turut memuji usaha Persatuan Bola Tampar Sibu (SVA) sentiasa komited menyokong, mempromosi dan menggalakkan sukan bola tampar di negeri ini.

Hadir sama Pengerusi SVA, Dr William Ting dan Ketua Jurulatih Bola Tampar Kebangsaan, Datuk Moh Ung Ming.

Advertisement