Anda di sini

Fatimah terima kunjungan Jawatankuasa Hari Tongkat Putih Antarabangsa

Advertisement

 Fatimah bersama Isak (tiga kanan) bersama ahli jawatankuasa pengelola lain merakam kenangan sempena kunjungan, baru-baru ini.

KUNJUNGAN: Fatimah bersama Isak (tiga kanan) bersama ahli jawatankuasa pengelola lain merakam kenangan sempena kunjungan, baru-baru ini.

KUCHING: Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahte-raan Masyarakat Datuk Fatimah Abdullah baru-baru ini menerima kunjungan daripada Jawatankuasa Hari Tongkat Putih Antarabangsa (White Cane Day) Peringkat Kebangsaan di pejabatnya di sini.

Pada tahun ini Sarawak dipilih menjadi tuan rumah sambutan dan kebetulan tahun ini juga merupakan sambutan Ulang Tahun Ke-30 Pertubuhan Orang Kurang Upaya Penglihatan Sarawak.

Pada sambutan berkenaan 12 cawangan termasuk Sara-wak akan mengambil bahagian dan ia merupakan pertama kali Sarawak menjadi tuan rumah.

Hari Tongkat Putih Sedunia disambut sejak 1952 di Amerika Syarikat dan pada tahun ini ia merupakan sambutan kali keenam di-adakan di Malaysia.

Sambutan kali ini bertema-kan OKU dan Masyarakat Berpisah Tiada.

Rombongan bersama Fatimah yang juga penaung sambutan turut dihadiri Penasihatnya Isak Ngau, Pengerusi Pengelola James Badang, Bendahari Senabong Ranggon dan ahli jawatankuasa lain.

 

 

Advertisement