Anda di sini

Bekas penagih tekad mahu raya bersama keluarga

Advertisement

TELUK INTAN: Hari Lebaran pastinya dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam kerana ia merupakan masa terbaik untuk berkumpul bersama keluarga sama ada dari jauh dan dekat.

Namun, ia berbeza dengan Fazli, 36, (bukan nama sebenar) dari Batu 6 di sini yang menyambut 1 Syawal sejak sembilan tahun lepas tanpa keluarga dek kerana masalah ketagihan dadah.

“Sambutan Aidilfitri tidak memberi apa-apa makna kepada saya sepanjang waktu itu dan saya ibarat hidup dalam dunia sendiri kerana lebih memikirkan cara mendapatkan dadah berban- ding menyambut hari raya,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Fazli, yang merupakan seorang daripada 53 penagih Mukim Durian Sebatan yang dalam pengawasan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Hilir Perak, kini menyatakan keinsafan dan mahu beraya bersama ke-luarga tahun ini.

“Kini saya insaf dan bertekad tak mahu lagi meng-ulanginya selain cuba mencari kehidupan seperti orang biasa. Saya rindu kehidupan berkeluarga dan mahu beraya betul-betul dengan mereka kali ini,” katanya.

Anak ketiga daripada enam beradik itu berkata beliau pernah menyimpan hasrat berhenti daripada menagih, namun ia bukan sesuatu yang mudah dan penuh dengan dugaan setelah dilabel masya-rakat sebagai ‘mat gian’.

“Boleh katakan dulu saya banyak perhabiskan duit, RM30 sehari untuk beli dadah dan bayangkan duit itu kalau dikumpul selama sebulan atau setahun,” katanya yang kini bekerja sebagai tukang pasang paip.

Selain Fazli, seorang lagi abangnya Foad (bukan nama sebenar), 37, juga kini telah menyedari laluan salah yang dipilihnya sejak 24 tahun lalu dan kini mahu me-nyambut Aidilfitri bersama keluarga.

Telah dua kali mengikuti rawatan pemulihan di Pusat Rawatan, Perubatan dan Pemulihan Perlop, Sungai Siput, Faod berkata beliau mula terjebak dengan penagihan dadah sejak berusia 13 tahun semasa bekerja di Singapura.

“Sewaktu dalam rawatan pemulihan, perkara paling pilu adalah setiap kali terdengar takbir raya. Waktu itu saya hanya mampu mere-nung jauh nasib diri tapi saya bersyukur ibu bapa sentiasa mendorong untuk berubah,” katanya.

Bagi bapa kepada dua cahaya mata yang mahu dikenali sebagai Mie, 36, berkata beliau mahu membawa keluarganya menyambut Aidilfitri tahun ini di Pulau Pinang bagi memohon keampunan daripada ibu bapanya.

“Tahun lalu saya tidak pulang kerana dalam program pemulihan dan saya akan pastikan bawa anak saya berusia 12 dan 10 tahun serta isteri saya pulang beraya dan itu sajalah yang boleh mengu-kuhkan tali kekeluargaan,” katanya.

Kata anak kelahiran Butterworth itu, melalui aktiviti dan motivasi dalam program pemulihan AADK terutama sepanjang Ramadan tahun lalu telah membuka mata dan memberi kekuatan kepadanya untuk kembali ke pangkal jalan.

Sementara itu, Ketua Unit Pemulihan AADK Hilir Perak, Mohd Razif Hamdan berkata faktor persekitaran merupakan antara penyebab banyak bekas penagih dadah kembali menagih selepas proses pemulihan.

“Adalah normal bagi bekas penagih kembali menagih walaupun mereka sudah berhenti 10 atau 20 tahun,” katanya.

Beliau berkata AADK me-nyediakan program pemulihan sepanjang hayat bagi membimbing dan memantau bekas penagih supaya tidak kembali terjerumus ke dalam penagihan dadah.

“Kita perlu kerap mendekati golongan sasar ini agar mereka tidak berasa tersisih, memberi motivasi berterusan, sekali gus memberi sokongan moral kepada mereka untuk membina kehidupan baharu,” katanya. — Bernama

 

Advertisement