Anda di sini

JLS gesa pengusaha dan pemilik bot pertingkat keselamatan penumpang

Advertisement
 Bianus (tengah) menunjukkan kepada Marzuki (kanan) kawasan pengawasan Jabatan Laut Sibu di kawasan tengah sementara Nor Azam melihat sama.

BERSIAP SEDIA: Bianus (tengah) menunjukkan kepada Marzuki (kanan) kawasan pengawasan Jabatan Laut Sibu di kawasan tengah sementara Nor Azam melihat sama.

SIBU: Jabatan Laut Sara-wak (JLS) menggesa peng-usaha atau pemilik bot-bot penumpang mempertingkatkan keselamatan penumpang menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Penolong Pengarah Unit Kawalan Industri Maritim, Ibu Pejabat Laut Kuching Marzuki Brahim berkata pihaknya sentiasa memantau operasi bot pada waktu puncak menjelang Aidilfitri.

“Operasi penguatkuasaan adalah memastikan bot-bot penumpang tidak membawa penumpang berlebihan.

“Pemilik-pemilik bot seluruh Sarawak diingatkan mematuhi setiap peraturan ditetapkan,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Hadir sama Ketua Penolong Pengarah Pejabat Laut Sibu Bianus Muyon dan Penolong Pegawai Laut, Pejabat Laut Sibu Nor Azam Saari.

Marzuki memberitahu, sepanjang tempoh tiga tahun lalu JLS merekodkan sebanyak 282 kesalahan lazim dengan 69 kesalahan mewakili 24 peratus berkaitan juragan manakala 38 peratus kesalahan berkaitan keanggotaan.

Menurut Marzuki, ke-dua-dua faktor itu mewakili lebih daripada 60 peratus membawa kepada keperluan perakuan pengeluaran sijil kecekapan pelaut.

Kesalahan-kesalahan lain termasuk sijil daftar atau sijil bot tamat tempoh, kenyataan sijil alat keselamatan tidak sama pada pemeriksaan fizikal, sijil Garis Muatan dan sijil Perkapalan Dalam Negeri tamat tempoh.

Dalam pada itu, Marzuki meminta pengusaha bot memperbaharui sijil kecekapan pelaut mereka bagi membolehkan sijil mereka diakui diguna pakai pada 2017.

“Pelaut-pelaut mempunyai masa enam bulan sahaja memperbaharui sijil kecekapan (COC) sedia ada mereka bagi memastikan sijil mereka masih sah digunakan bermula Januari 2017.

“Sijil itu adalah sijil kecekapan pengeluaran perakuan kekompetenan diiktiraf oleh Pertubuhan Maritim Antarabangsa di bawah Standard of Training, Certification and Watchkeeping Convention 1978 (STCW) atau pindaan Manila 2010,” katanya.

Sehubungan itu, beliau sekali lagi mengesa pelaut-pelaut dan majikan agar mengambil berat terhadap keperluan STCW 1978 pindaan Manila 2010.

“Kebanyakan pelaut kita boleh dikatakan tidak sepenuhnya bersedia mengambil kursus tersebut.

“Mungkin mereka masih tidak sedar atau menunggu saat akhir mengambil kursus itu,” katanya.

Advertisement