Anda di sini

Dr Rayong cadang calon semula Nyalau pada PRU14

Advertisement

LUBOK ANTU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnnical Rayong Ngipa mencadang agar Ahli Parlimen Lubok Antu, Datuk William Nyalau Badak dicalon semula pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Menurutnya, ini berikutan Nyalau bukan sahaja masih cergas malah sepanjang menjadi wakil rakyat di Parlimen Lubok Antu beliau mempamerkan prestasi cemerlang.

Dr Rayong berkata, beliau bersama Menteri Muda Pemodenan Pertanian Malcom Mussen Lamoh amat senang bekerjasama dengan Nyalau bagi membangunkan daerah Lubok Antu.

“Kerjasama kami bertiga amat baik untuk membangunkan daerah Lubok Antu. Jadi adalah amat baik Nyalau dicalon semula pada PRU masa akan datang,” katanya pada Jamuan Makan Malam dan ‘Ngiling Tikai’ Gawai Dayak 2016 di Dewan Kompleks Sukan Lubok Antu di sini kelmarin.

Majlis itu dirasmikan Mussen merangkap ADUN Batang Ai.

Mussen dalam ucapannya menjemput Dr Rayong menyertai Parti Rakyat Sarawak (PRS) sekiranya Dr Rayong masih tidak mempunyai parti masa kini.

Beliau berkata, sekiranya Dr Rayong masih tidak mempunyai parti pintu PRS terbuka buatnya.

“Saya memujuk Dr Rayong agar menyertai PRS dan pintu PRS terbuka buat Dr Rayong sekiranya beliau masih tidak mempunyai parti,” katanya.

Menurutnya, ‘team’ mereka bertiga amat baik dan bekerjasama membangunkan Lubok Antu.

Nyalau sebelum ini juga turut memujuk Dr Rayong menyertai PRS sekiranya masih tidak mempunyai parti.

Dr Rayong keluar dari Parti Rakyat Bersatu (UPP) bertanding sebagai calon langsung BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu sebelum memohon menjadi ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) merupakan parti komponen BN utama Sarawak.

Beliau antara sembilan wakil rakyat BN yang tidak berparti dan memohon menyertai PBB.

Yang lain ialah Tan Sri William Mawan (Pakan), Rosey Yunus (Bekenu), Paulus Palu Gumbang (Batu Danau), Datuk Dr Jerip Susil (Mambong), Ranum Mina (Opar), Dato Gerawat Gala (Mulu), Miro Simuh (Serembu) dan John IIus (Bukit Semuja).

Turut hadir Pegawai Daerah Lubok Antu Jack Aman Luat, Setiausaha Majlis Daerah Lubok Antu, Bilong dan ketua-ketua masyarakat.

Advertisement