Anda di sini

Piala Malaysia: Sarawak bakal berdepan cabaran getir

Advertisement

KUCHING: Sarawak bakal berdepan cabaran getir apabila memulakan saingan Piala Malaysia di tempat lawan dalam tiga perlawanan berturut-turut Julai depan.

Skuad bimbingan jurulatih sementara, David Usop itu bertandang ke Kedah pada 1 3 Julai depan membuka tirai kempen Piala Malaysia sebelum meneruskan pusingan kedua Liga Super menentang Pahang (16 Julai) dan JDT II (19 Julai) di Pasir Gudang, Johor.

Menurut David, jadual perlawanan padat pastinya memberi tekanan dan cabaran rumit kepada pasukan bimbingannya.

“Tiga perlawanan awal Liga Super dan Piala Malaysia semuanya di tempat lawan memang rumit.

“Situasi ini memenatkan pemain-pemain lebihlebih lagi melibatkan perjalanan jauh, namun apa yang penting kita terpaksa menghadapinya,” katanya ket i – ka dihubungi Utusan Borneo di sini semalam.

Mengulas lanjut, beliau menegaskan untuk mengatasi cabaran itu tahap kecergasan semua pemain mesti berada pada tahap yang terbaik.

“Untuk itu, semua pemain mesti berada dalam keadaan ‘super fit’,” katanya. Pasukan Sarawak kini berada di ibu negara melengkapkan dua aksi persahabatan dengan Selangor PKNS dan Kuala Lumpur (28 Jun).

Ditanya perkembangan pasukannya, David berkata pihaknya masih dalam proses meningkatkan kecergasan dan keserasian pemain-pemain selepas berehat panjang.

“Jentera serangan pasukan kita menunjukkan peningkatan terutamanya persembahan penyerang import, Gilmar Da Silva dan Makeche Ndumba.

“Bagaimananpun, bahagian pertahanan masih banyak perlu diperbaiki sebelum turun memulakan kempen Liga Super bulan depan,” katanya.

Mengulas berkenaan sesi pemilihan pemain import baharu, David mendedahkan pihaknya tidak terburu-buru membuat keputusan siapa pemain bakal menyarung jersi Sarawak musim ini bagi mengisi slot yang ditinggalkan Davide Grassi.

Pemain import dari Liberia, Teah Dennis yang menjalani latihan bersama kem Sarawak kini masih dalam perhatian.

Advertisement