Anda di sini

Larian amal hotel Dynasty kembali gegar Miri

Advertisement

MIRI: Larian amal hotel Dynasty kembali lagi pada 11 September ini merupakan aktiviti tahun ke-13 untuk membantu mengumpul dana badan-badan kebajikan di sini.

Empat badan kebajikan terpilih ialah Persatuan Ibu Bapa Kanak-Kanak Istimewa (PIBAKIS), Pusat Dalam Komuniti (PDK) Morsjaya, Pusat Dialisis Buah Pinggang Miri (KDC) dan Pertubuhan Orang Buta Sarawak Miri.

Pengurus Perhubungan Awam dan Jualan merangkap Pengerusi Penganjur, Patricia Luart berkata hadiah wang tunai bernilai RM10,000 ditawarkan kepada peserta untuk lima kategori larian.

Kategori 10km lelaki dan wanita terbuka, 10km lelaki dan wanita veteran, 10km lelaki dan wanita junior, 3.5km keluarga lelaki dan wanita dan 3.5km fun run.

“Penyertaan boleh dibuat dari sekarang sehingga 5 Ogos dengan bayaran RM60 setiap kategori.

“Bagaimanapun, bayaran ‘early bird’ RM50 ditawarkan untuk pendaftaran bermula 18 Jun hingga 27 Julai,” kata Patricia.

Borang penyertaan boleh diperolehi dari Hotel Dynasty, Share Tea Pusat Komersil Boulevard atau secara online di alamat http://bulatanparkrunnersclub.com/dynastyrun Hadir sama semasa pelancaran aktiviti semalam ialah ADUN Telang Usan, Dennis Ngau dan Pemangku Pengurus Besar, Ho Poh Chin.

Advertisement