Anda di sini

Dalang kes rompakan bersenjata dicekup

Advertisement
 Antara barangan yang ditemui dalam kereta suspek.

BAHAN BUKTI: Antara barangan yang ditemui dalam kereta suspek.

Dua suspek ada rekod jenayah, pernah dipenjarakan kerana kes pecah rumah dan curi

MIRI: Sepasukan anggota polis telah berjaya menangkap sekumpulan individu dipercayai bergiat aktif melakukan rompakan bersenjata dengan tertangkapnya dua suspek di sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Negeri Sarawak SAC Dev Kumar berkata, sepasukan polis dianggotai ASP Nagulan Maniam menahan sebuah kereta digunak suspek melakukan rompakan.

“Pada kejadian kira-kira 12.30 pagi semalam, dua suspek bersenjatakan semurai dan parang memasuki sebuah spa di Pusat Komersil Miri dan mengugut seorang pekerja Filipina,” katanya.

Suspek turut mengarahkan pekerja menyerahkan wang tunai RM730, telefon bimbit, iPad dan barangan kemas sebelum melarikan diri menaiki sebuah kereta.

Suspek sebelum itu turut melakukan satu lagi rompakan di kedai serba neka 24 jam di Jalan Bouleverd dan mengarahkan seorang juruwang menyerah telefon bimbit.

“Justeru, sepasukan polis Miri menahan sebuah Proton Saga yang dinaiki dua individu dipercayai suspek kes rompak dan pemeriksaan lanjut menemui senjata tajam dan hasil rompakan,” jelasnya.

Turut ditemui dalam kereta berkenaan ialah parang, dua topeng muka,dan dua jaket, telefon bimbit serta Ipad yang dipercayai dirompak di Pusat Spa.

Penangkapan kedua-dua suspek berkenaan membawa kepada penangkapan suspek ketiga berusia 40 tahun yang turu terlibat dalam kedua-dua kes rompak.

Menurutnya lagi, kedua-dua suspek terbabit mempunyai rekod jenayah dan pernah dipenjarakan kerana kes pecah rumah dan mencuri serta penagih dadah.

“Kita percaya dengan tertangkapnya kumpulan ini dipercayai aktif sejak dua bulan lalu menyelesaikan kes pecah rumah dan mencuri di Miri.

“Tahniah kepada ASP Nagulan dan sepasukannya atas kecekapan dan peka dalam menangani kumpulan jenayah tersebut,” katanya.

Advertisement