Anda di sini

Persatuan Memasak Kuih-Muih Sarawak hulur sumbangan Aidilfitri kepada pesakit HUS

Advertisement

TA03425

 Jamilah menyerahkan kek kepada pesakit di Wad Ortopedik HUS sambil diiringi Fatimah (kiri) dan Zaiton (kanan) sempena majlis sumbangan kuih raya sempena Hari Raya Aidilfitri akan datang.

SEMPENA RAYA: Jamilah menyerahkan kek kepada pesakit di Wad Ortopedik HUS sambil diiringi Fatimah (kiri) dan Zaiton (kanan) sempena majlis sumbangan kuih raya sempena Hari Raya Aidilfitri akan datang.

KUCHING: Untuk tahun ke-14 Persatuan Memasak Kuih-Muih Sarawak menyampaikan sumbangan kuih-muih sempena kedatangan Hari Raya Aidilfitri dengan memilih pesakit Hospital Umum Sarawak (HUS) sebagai penerima tahun ini.

Majlis penyerahan itu dimeriahkan dengan kehadiran isteri Ketua Menteri, Datin Patinggi Datuk Jamilah Anu yang turut bersama menyumbang duit raya kepada pesakit di wad ortopedik.

Seramai 78 pesakit menerima sumbangan berbentuk duit raya daripada Jamilah dan Pengerusi persatuan, Zaiton Istiar Khan serta kuih-muih daripada persatuan yang dibantu oleh Wanita Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS).

Turut hadir mengiringi Jamilah, Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahteraan Komuniti merangkap penasihat persatuan, Datuk Fatimah Abdullah pada majlis itu.

“Kita mengetahui juga selain pesakit kanser, pesakit di wad ortopedik antara mereka yang lama tinggal di wad.

“Bagi pesakit kanser mereka juga ada ramai penyumbang tampil membantu maka itu kita memilih pesakit ortopedik agar lebih ramai dapat manfaat.

“Persatuan berterima kasih kepada Datin Patinggi Datuk Jamilah  kerada sudi datang kerana kehadiran beliau pasti memberi kelainan kepada pesakit,” kata Fatimah selepas majlis.

Program masuk tahun ke-14 tahun ini itu adalah merupakan acara tahunan persatuan setiap kali menjelang sambutan Aidilfitri dan kali ini memilih HUS sebagai venue mereka.

Advertisement