Anda di sini

Meriahkan kempen derma darah di Plaza Merdeka esok

Advertisement

KUCHING: Sempena Hari Derma Darah Sedunia, The Federation of Kuching and Samarahan Divisions Chinese Associations Youth Section, Sarawak (Gabungan Pemuda  Cina) dan Pengurusan Plaza Merdeka Shopping Complex akan menganjurkan kempen derma darah Ahad ini.

Program tersebut dijadualkan bermula dari jam 9.30 pagi sehingga 2.30 petang di Tingkat 2, Plaza Merdeka.

Kempen tersebut turut disokong Persatuan Lui Chiu Sarawak, Youth Section (Pemuda Lui Chiu) salah satu daripada anggota Gabungan Pemuda Cina, juga bersama pihak Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) Cabang Kuching and Hospital Umum Sarawak (HUS).

Difahamkan, kempen itu dianjur bagi menyahut saranan Bank Darah HUS untuk memenuhi bekalan darah di samping memupuk kesedaran orang ramai terhadap kepentingan amalan menderma darah bagi menyelamatkan nyawa.

Penajaan termasuk Kumpulan Syarikat Lee Onn, Yung Kong Group, Torng Meei Import & Export Trading Co., See Hua Marketing Sdn Bhd Syarikat Kion Hoong Cooking Oil Mills Sdn Bhd, Supreme Food Supply (M) Sdn Bhd, K.E.K Trading (Kuching) Co. Sdn Bhd, Wide Way Enterprise, Kinguan Trading & Packing Sdn Bhd, Anergy Water Sdn Bhd, Kaliman Timber Corporation Sdn Bhd, Jojo B’kery Cake House dan Everrise Group.

Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi Jawatankuasa Bahagian Pemuda Persatuan Lui  Chiu Sarawak, Toh Kok Kwang di talian 012-8081808 atau Tan Peng Chai (012-8732218).

Advertisement