Anda di sini

Dr Rundi bersama rombongan kementerian kunjungi LAS

Advertisement

SIBU: Menteri Kemudahan Awam Datuk Dr Stephen Rundi Utom berserta rombongan kementeriannya mengadakan lawatan ke Lembaga Air Sibu (LAS) di sini, Rabu lepas.

Turut mengiringi Dr Rundi ialah Menteri Muda Kemudahan Awam (Bekalan Air) Datuk Roland Sagah Wee Inn, Menteri Muda Kemudahan Awam (Bekalan Elektrik dan Telekomunikasi) Dr Abdul Rahman Junaidi, Setiausaha Tetap Kementerian Kemudahan Awam Ubaidillah Abdul Latip dan Pengarah Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak Daniel Wong Park Ing.

Dr Rundi serta rombongan telah disambut Pengurus Besar LAS Dato Ir Alice Jawan.

Semasa lawatan itu, Dr Rundi dan rombongan menghadiri sesi taklimat mengenai LAS yang dikendalikan oleh Alice sendiri.

Selepas menghadiri sesi itu, Dr Rundi serta rombongan telah dibawa untuk merarau tengah hari di sebuah restoran di sini.

Pada sebelah petangnya, beliau berserta rombongan telah mengadakan lawatan dan tinjauan ke tapak projek bekalan air Tanjung Manis.

Advertisement