Anda di sini

Philips Lighting Malaysia dedah idea penggunaan diod LED

Advertisement

PETALING JAYA: Philips Lighting, Philips Royal (NYSE: PHG, AEX: PHIA) sebuah syarikat peneraju industri pencahayaan global telah memulakan usaha mereka dalam pemasaran bagi tahun 2016 melalui pelancaran pameran ‘Eco-Sphere’ yang bertujuan untuk mendekati pengunjung dengan idea-idea penggunaan diod pemancar cahaya (LED) yang akan memberikan mereka pengalaman baharu apabila menggunakan lampu.

Ketua Komersial Philips Lighting Malaysia Alok Ghose berkata: “Dalam era serba moden ini, kami tidak hanya menumpukan kepada satu produk, tetapi juga terhadap pelbagai produk lain yang boleh berfungsi dalam satu sistem.

“Dengan berbuat demikian, kami dapat menghasilkan produk dan sistem yang terbaik, sesuai untuk pelbagai jenis persekitaran.”

Pameran Eco-Sphere di pusat beli-belah Sunway Piramid (Blue Concourse) yang dibuka kepada orang ramai sejak 2 Mei lalu memperkenalkan produk pencahayaan Philips yang lengkap dengan lampu LED dan sistem kegunaan harian buat pengguna, di mana mereka boleh menyaksikan sendiri kepelbagaian dan kegunaan produk keluaran Philips Lighting.

Pameran Eco-Sphere tersebut mempamerkan sistem pencahayaan untuk rumah termasuklah bilik tidur, ruang tamu, dapur dan juga ruang luar rumah, beserta contoh-contoh lampu dan pencahayaan untuk ruangan pejabat di mana kebanyakan pekerja profesional menghabiskan sebahagian besar masa mereka.

Selain itu, pameran Eco-Sphere juga memperlihatkan pelbagai jenis sistem lampu LED yang boleh digunakan di dalam ruangan yang berbeza. Menggunakan teknologi SMART, ia membolehkan pelarasan cahaya dan warna untuk mempengaruhi suasana.

Contoh pencahayaan yang boleh didapati ialah kepelbagaian jenis mentol Philips SceneSwitch LED yang turut dipamerkan. Sentuhan baharu dan unik yang menggabungkan tiga tetapan cahaya dalam satu cahaya, SceneSwitch membolehkan suasana bilik diubah/diselaraskan dari cahaya yang terang kepada cahaya semula jadi, memberikan suhu panas yang selesa dengan hanya dengan memetik suis lampu di dinding anda.

Tiada suis pemalap atau pemasangan tambahan diperlukan kerana apa yang diperlukan hanyalah mengubah antara tiga kesan cahaya yang telah ditetapkan di suis dinding anda. Kepelbagaian aplikasi produk yang digabungkan bersesuaian mengikut suasana dan situasi, memberikan pengunjung pandangan/panorama serta pengalaman menarik yang boleh diperolehi melalui penggunaan produk pencahayaan Philip.

Tambah Ghose, mereka mahu berkongsi lebih banyak idea dan pengetahuan mengenai manfaat cahaya dan pencahayaan kepada pengguna.

“Melalui pengalaman baharu ini, kami mahu mereka mendapat manfaat melalui tetapan lampu yang memberikan kesan positif semasa di tempat kerja ataupun ketika bersantai.

“Seperti yang boleh dialami sendiri di Eco-Sphere, pencahayaan memberikan impak terhadap emosi kita, mempengaruhi produktiviti, menggalakkan keselamatan dan tentunya melalui reka bentuknya, ia boleh dijadikan perhiasan serta daya penarik di dalam rumah.

“Selain daripada ketahanannya, sistem lampu LED Philips menyediakan sehingga 80% pengurangan dalam penggunaan tenaga elektrik,” katanya.

Bermula awal Jun ini, dengan pembelian minimum produk lampu Philips sebanyak RM100, orang ramai boleh mengambil bahagian dalam peraduan yang menawarkan sebuah kereta Honda City sebagai hadiah utama.

Pengguna boleh membeli rangkaian penuh dan baharu produk lampu Philips di mana-mana rangkaian kedai Philips di seluruh negara dan juga Philips Brand Store di galeri beli-belah Publika, Kuala Lumpur.

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi dan lampu LED Philips, layari https://www.facebook.com/PhilipsLightingMalaysia atau www.lighting.philips.com.my.

Advertisement