Anda di sini

Kastam rampas dadah RM2.17j di Ledang

Advertisement
 Zulkifli (dua kanan) melihat peralatan memproses dadah yang dirampas pihaknya dalam satu serbuan di sebuah makmal memproses dadah di Taman Sri Jaya, Ledang, Johor pada sidang media di Ibu Pejabat Kastam Kedah di Alor Setar, semalam. Hadir sama Pengarah Kastam Kedah, Datuk Abdul Latif Abdul Kadir (dua kiri). — Gambar Bernama

RAMPASAN: Zulkifli (dua kanan) melihat peralatan memproses dadah yang dirampas pihaknya dalam satu serbuan di sebuah makmal memproses dadah di Taman Sri Jaya, Ledang, Johor pada sidang media di Ibu Pejabat Kastam Kedah di Alor Setar, semalam. Hadir sama Pengarah Kastam Kedah, Datuk Abdul Latif Abdul Kadir (dua kiri). — Gambar Bernama

ALOR SETAR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas dadah bernilai RM2.17 juta di sebuah makmal memproses dadah di Taman Sri Jaya, Ledang, Johor pada Jumaat lepas.

Penolong Ketua Pengarah Kastam, Datuk Zulkifli Yahya berkata serbuan dilakukan sepasukan Kastam Kedah kira-kira jam 5.15 pagi selepas melakukan intipan selama dua hari.

Beliau berkata hasil pemeriksaan dalam rumah tersebut mendapati serbuk caffeine seberat 28.382 kilogram (kg), heroin (4.309kg), methamphatamine (0.479kg) dan ketamin (443 gram).

“Kita turut menemui 2,345 pil iaitu 695 biji ekstasi dan 1,650 pil eramin 5 serta pelbagai peralatan untuk memproses dadah. Kesemua dadah ditemui di ruang tamu dan bilik di tingkat atas,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat JKDM Kedah semalam.

Katanya, tiada tangkapan dilakukan berikutan sepanjang intipan selama dua hari itu serta tiada pergerakan individu yang keluar masuk ke rumah tersebut.

Zulkifli berkata pihaknya terpaksa memotong kunci mangga dan memotong pintu gril untuk masuk ke dalam rumah tersebut ketika serbuan dilakukan.

Katanya, rumah tersebut hanya dijadikan tempat untuk menyimpan dan memproses dadah oleh sindiket dan dadah tersebut dipercayai untuk pasaran tempatan. — Bernama

Advertisement