Anda di sini

Penduduk Bintulu bersihkan kubur

Advertisement

// Oleh Abang Ismail Abang Su’ud //

 Ahli-ahli Skuad PBB bergotong-royong bersama penduduk Islam setempat di Tanah Perkuburan Islam Kemunting.

BANTU: Ahli-ahli Skuad PBB bergotong-royong bersama penduduk Islam setempat di Tanah Perkuburan Islam Kemunting.

 Penduduk Islam setempat dan ahli-ahli Skuad PBB membaik pulih kubur-kubur yang mendap di Tanah Perkuburan Islam Kemunting.

KERJASAMA: Penduduk Islam setempat dan ahli-ahli Skuad PBB membaik pulih kubur-kubur yang mendap di Tanah Perkuburan Islam Kemunting.

AKTIVITI Gotong-Royong Perdana Pembersihan Tanah Perkuburan Islam Kemunting mendapat penyertaan menggalakkan daripada penduduk Islam setempat di Bintulu, baru-baru ini.

Gotong-royong tersebut dianjur bersama Gabungan Pertubuhan Islam Bintulu (GAPIB) dengan kerjasama Lembaga Amanah Kebajikan Islam Bintulu (LAKIB) sempena bulan Ramadan memandangkan tanah perkuburan itu dijangka akan diziarahi ramai masyarakat Islam setempat pada sambutan Hari Raya Aidilfitri dalam beberapa minggu dari sekarang.

Jurucakap penganjur berkata, aktiviti itu juga untuk mengukuhkan hubungan silaturahim antara masyarakat Islam di Bintulu.

Sementara itu, aktiviti tersebut turut disertai oleh Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur merangkap Menteri Muda Urbanisasi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Datuk Talib Zulpilip selain Skuad Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Bintulu turut melibatkan diri dengan mengadakan program dan kempen kesedaran bahaya penyalahgunaan dadah serta menempatkan papan tanda di kawasan terbabit.

Advertisement