Anda di sini

Lelaki ditahan dengan penemuan kereta curi

Advertisement
 Lelaki ditahan selepas kereta dipercayai dicuri tahun lalu ditemui di parkir kediaman.

KERETA HILANG DITEMUI: Lelaki ditahan selepas kereta dipercayai dicuri tahun lalu ditemui di parkir kediaman.

SIBU: Polis D4 di sini menahan seorang lelaki berusia 30 tahun berhubung sebuah kereta Honda Civic yang dijumpai di parkir kediamannya di Jalan Hulu Sungai Merah di sini Rabu lalu.

Menurut maklumat polis, kereta terbabit dilaporkan hilang sejak Ogos tahun lalu.

Hasil maklumat awam, polis berusaha menjejaki kereta terbabit beberapa hari lalu sehingga dijumpai diletakkan di parkir sebuah rumah di lokasi tersebut jam 5.30 petang.

Polis bertindak menyerbu rumah tersebut mendapati seorang suspek lelaki tinggal di rumah terbabit ditahan untuk membantu siasatan.

Difahamkan suspek mempunyai rekod jenayah curi dan kali terakhir ditangkap tahun lalu.

Siasatan awal polis mendapati suspek mendakwa kereta terbabit ditinggalkan oleh seorang rakan di rumahnya untuk beberapa hari sementara beliau keluar dari bandar ini.

Bagaimanapun, suspek tidak dapat memastikan tujuan sebenar rakannya, 40, meninggalkan kereta terbabit di rumahnya.

Polis kemudian bertindak membawa suspek ke Balai Polis Sentral untuk membantu siasatan kes dan merampas kereta tersebut.

Suspek direman empat hari sehingga Ahad ini dan polis kini menjejaki rakan suspek yang sudah dikenal pasti.

 Kereta Honda Civic ditemui di sebuah rumah Jalan Hulu Sungai Merah, Sibu pernah dilaporkan hilang Ogos tahun lalu.

KERETA CURI: Kereta Honda Civic ditemui di sebuah rumah Jalan Hulu Sungai Merah, Sibu pernah dilaporkan hilang Ogos tahun lalu.

 

Advertisement