Anda di sini

Nisbah penjawat awam mengikut kaum seimbang

Advertisement
Uggah

Uggah

Bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional 1,521 adalah Melayu/Melanau, 1,023 Dayak dan 1,162 Cina

KUCHING: Nisbah pen-jawat awam mengikut kaum bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional dalam Sektor Awam Sarawak adalah seimbang.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata sehingga 31 Mei 2016, bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesio-nal 1,521 adalah Melayu/Melanau, 1,023 Dayak dan 1,162 Cina.

“Ini bermakna walaupun jumlah Cina kurang dalam sektor awam, 28 peratus daripada mereka dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional berbanding  Melayu/Melanau hanya 11 peratus dan Dayak 10 peratus.

“Kita (kerajaan) tidak pernah mempersoalkan komposisi dan amalan peng-ambilan pekerja sektor swasta, jika ia diambil kira gambarannya pasti amat berbeza. Melihat hanya sektor awam sahaja bukan gambaran lengkap pekerjaan di negeri ini,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa Sektor Awam Sarawak tidak hanya melibat Per-khidmatan Awam Sarawak (SCS) tetapi tiga lagi komponen utama iaitu Kerajaan Tempatan, Badan-Badan Berkanun dan Syarikat Berkaitan Kerajaan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Chong Chieng Jen (DAP-Kota Sentosa) dalam laporan akhbar Mei lalu mengenai nisbah pekerja mengikut kaum dalam Perkhidmatan Awam Sarawak ketika me-nyampaikan ucapan penggulungan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.

Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian dan Ekonomi Luar Bandar berkata, kerajaan sedia maklum isu berkaitan pekerjaan perlu diatasi dan ia tidak hanya melibatkan usaha menyediakan peluang pekerjaan di sektor awam dan swasta tetapi mengambil kira isu gender.

Bagi tujuan itu katanya, satu jawatankuasa khas ditubuhkan yang dipengerusi oleh  Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu beliau berkata Perkhidmatan Awam Sarawak ketika ini diwakili semua etnik serta komuniti lain di negeri ini termasuk kumpulan terkecil seperti Kajang, Mierek, Saban dan Tagal.

Dalam perkembangan lain, Uggah berkata kerajaan negeri masih mengekalkan dasar pengiktirafan ketua kaum berdasarkan kriteria bilangan pintu rumah iaitu 20 atau lebih bagi rumah panjang atau kampung baharu.

Menurutnya bagi rumah panjang atau kampung yang melebihi 20 pintu, kerajaan akan mempertimbangkan permohonan dari semasa ke semasa.

“Namun kerajaan tidak akan mengiktiraf jawatan ketua kaum rumah panjang atau kampung ekoran daripada pertikaian atau ‘pecah rumah’,” tegasnya.

 

Advertisement