Anda di sini

Negara kehilangan tokoh sukan basikal

Advertisement

GEORGE TOWN: Bekas pelumba basikal nasional, Mohd Adris Ahairi, 78, yang meninggal dunia semalam selamat dikebumikan tengah hari semalam di tanah perkuburan Islam Datuk Keramat, di sini.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kirakira 9.

10 malam di Hospital Pulau Pinang (HPP) setelah sebulan menerima rawatan di hospital itu kerana menghidap penyakit buah pinggang.

Allahyarham yang merupakan antara atlet berbasikal yang disegani sekitar tahun 50-an meninggalkan seorang balu, Saadiah Abdullah dan dua orang anak.

Setiausaha Persatuan Berbasikal Pulau Pinang, Munir Mohd Ismail ketika dihubungi berkata Allahyarham banyak mengajarnya cara berlumba basikal sehingga membolehkannya melatih anak-anak muda yang berminat dengan sukan berbasikal.

“Allahyarham sebulan menerima rawatan di HPP dan dia pernah beritahu yang dia tak lama dah (meninggal dunia).

Arwah sebelum ini pernah diserang strok pada tahun 2004,” katanya.

Munir berkata sepanjang penglibatan Mohd Adris dalam arena berbasikal, beliau pernah menjadi pelumba terbaik negara pada usia mudanya.

“Beliau juga pernah menjawat jawatan Setiausaha Agung Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) dan menjadi Setiausaha Persatuan Lumba Basikal Pulau Pinang selama 20 tahun,” katanya.

Selain itu, beliau berkata Mohd Adris pernah dinobatkan sebagai tokoh sukan Pulau Pinang pada tahun 1994.  — Bernama

Advertisement