Anda di sini

OKU, warga emas perkampungan Seberang Hilir terima duit raya

Advertisement

KUCHING: Seramai 440 orang kelainan upaya (OKU) dan warga emas sekitar perkampungan Seberang Hilir menerima duit raya berjumlah keseluruhan RM22,000 sumbangan Ahli Parlimen Santubong, Datuk Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Majlis penyerahan sumbangan itu diadakan pada Majlis Sungkei Perdana bertempat di Masjid Darul Hana, Petra Jaya semalam.

Menurut Wan Junaidi, program itu merupakan aktiviti tahunan dianjur bagi membantu golongan memerlukan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Pada majlis sama, Wan Junaidi turut menyampaikan peruntukan aktiviti Ramadan bagi Parlimen Santubong berjumlah RM140,500 kepada 75 surau dan masjid  Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai dan Demak Laut.

Menurutnya, daripada jumlah itu, 46 surau dan masjid bagi DUN Pantai Damai menerima peruntukan berjumlah RM83,000.

Manakala seramai 29 penerima bagi DUN Demak Laut dengan jumlah peruntukan sebanyak RM57,000.

Hadir sama pada majlis berkenaan isteri beliau, Datin Sri Feona Junaidi.

Advertisement