Anda di sini

Kerajaan garis pelan lima tahun perkasa industri hiliran perkayuan: Len

Advertisement

KUCHING: Kerajaan negeri sentiasa menggalak pertumbuhan industri hiliran perkayuan negeri ini termasuk industri pembuatan perabot berkualiti tinggi serta berdaya saing di pasaran antarabangsa.

Menteri Muda Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata antara pelan lima tahun ke-rajaan untuk  memberangsang industri ini adalah menubuh kolaboratif teknikal bersama pihak industri bagi menjalan-kan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam penggunaan kayu Akasia dan jenis kayu ladang lain bagi pembuatan perabot bernilai tinggi.

Katanya, ini  termasuk  menubuhkan ‘Timber Tra-ding House’ untuk bekalan bahan mentah mencukupi dan berterusan, mempergiat program galakan pemasaran termasuk lawatan dan penyertaan dalam pameran antarabangsa serta menambah penyertaan usahawan kecil dan sederhana dalam industri perkayuan di Sarawak.

“Kerajaan juga menambah baik kemudahan infrastruktur untuk mempergiat pertumbuhan pembuatan industri perabot dan menarik pelaburan asing membangun industri hiliran di Sarawak.

“Perancangan dan tindakan ini akan membantu kerajaan negeri menggalakkan pertumbuhan pendapatan eksport produk kayu bernilai tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan daripada Ripin Lamat (BN-Lambir) dan See Chee How (PKR-Batu Lintang) pada Mesyuarat Pertama Bagi Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-18 di Kompleks DUN di sini semalam.

Terdahulu dalam jawapannya, Len berkata pelaksanaan polisi kuota balak pada 1980-an berjaya meningkat pertumbuhan industri papan lapis menjadikan Sarawak pengeluar dan pengeksport terbesar papan lapis kayu tropika di rantau ini.

Kerajaan negeri katanya giat menggalak pertumbuhan industri hiliran termasuk industri pembuatan perabot yang mampu berdaya saing di pasaran antarabangsa.

“Pada masa ini pasaran eksport lebih menekankan kepada bekalan produk kayu yang sahih dan kekal.

“Bagi mengekal kepentingan industri dan mampu memenuhi permintaan pembeli asing, kerajaan negeri telah menambah baik ‘Sarawak Timber Legality Verification System (STLVS)’ untuk memastikan ia mendapat pengiktirafan dan penerimaan serta mematuhi keperluan negara-negara pengimport,” jelasnya.

Kerajaan turut mengarah-kan pelesen hutan mendapat pensijilan pengurusan hutan yang merupakan kaedah penting bagi membantu syarikat memenuhi permintaan terhadap kayu yang telah dipersijilkan.

Enam pelesen utama diwajib mempersijil sekurang-kurangnya  satu kawasan Unit Pengurusan Hutan (FMU) masing-masing selewat-lewatnya pada Julai 2017 di bawah mana-mana skim pensijilan diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Pensijilan hutan ini membenarkan pelesen melakukan pengawalan kendiri dan juga akan membolehkan industri hiliran mendapat bekalan sumber yang dipersijilkan.

Advertisement