Anda di sini

Peningkatan sumber pendapatan golongan belia keutamaan Gerald

Advertisement

KUCHING: Peningkatan sumber pendapatan golongan belia menjadi keutamaan Ahli Dewan Undangan Ne-geri (ADUN) Layar, Gerald Rentap Jabu apabila  meng-utarakan isu tersebut pada Persidangan DUN Sarawak bermula semalam.

Menurutnya, meskipun beberapa perkara lain masih dalam perbincangan namun beliau menetapkan aktiviti golongan belia perlu diambil perhatian sepenuhnya.

“Apa yang menjadi perkara utama sekarang ialah aktiviti golongan belia untuk me-ningkatkan sumber pendapatan mereka menerusi bidang pertanian, perniagaan, kraf tangan dan sebagainya,” katanya ditemui selepas Majlis Angkat Sumpah ADUN Sarawak sempena Mesyuarat Pertama Penggal Pertama DUN Ke-18 di Kompleks DUN Sarawak di sini semalam.

Mengulas lanjut berhubung perkara itu, Gerald berkata ia merupakan trend yang kini diminati golongan belia.

Sehubungan itu, katanya ia perlu diperjuangkan sekali gus membantu golongan tersebut meningkatkan sumber pendapatan.

Gerald menggalas tugas sebagai wakil rakyat selepas menggantikan ayahnya, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang yang kini bersara selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.

“Tidak gentar berdepan situasi ini, sebab saya sudah biasa menyaksikan dan  mengikuti persidangan DUN sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, ADUN Machan Allan Siden Gramong berusaha gigih memastikan nasib rakyat di kawasannya terus terbela.

“Ini merupakan tanggungjawab besar, apapun saya akan hadapinya sepenuh daya upaya,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Ditanya keutamaanya pada persidangan DUN ini, Allan berkata beliau memberi perhatian kepada pembangunan kemudahan asas yang belum dilakukan selain meningkatkan sosioekomoni masyarakat kawasan DUN Machan.

Advertisement