Anda di sini

Kapal, tongkang dirompak di perairan Sarawak

Advertisement

Kejadian berlaku antara Mukah dan Bintulu, perompak disyaki lanun rompak 3,900 tan minyak sawit

Oleh Watt Zacchaeus //

SIBU: Satu rompakan di laut berlaku di perairan Sarawak antara Mukah dan Bintulu petang Khamis lalu apabila kapal tunda dan tongkang membawa sembilan pelaut diserbu perompak dipercayai lanun yang datang menaiki dua buah bot.

Minyak sawit berjumlah 3,900 tan telah dirompak.

Satu laporan polis dibuat oleh penolong pengurus syarikat itu di Sandakan selepas 24 jam kejadian pada petang semalam.

Polis Marin Sarawak kemudiannya dimaklumkan dan kakitangan mereka di Mukah digerakkan dan mendapati kedua-dua kapal dirompak di perairan berhampiran Balingian pada jam 8.20 malam.

Kapal tunda dan tongkang dirompak itu dibiarkan hanyut lebih daripada satu hari selepas rompakan Khamis lalu dan ditunda balik ke Bintulu dan pelaut berjaya diselamatkan.

Polis Sarawak kini dalam usaha menyelesaikan rompakan laut itu. Tiada maklumat lanjut diperolehi sehingga berita ini ditulis petang semalam.

Ia masih tidak jelas bilangan perompak melakukan rompakan ke atas dua buah kapal terbabit sama ada mereka bersenjata atau tidak.

Sebelum rompakan laut, tongkang dan kapal tunda itu meninggalkan Pelabuhan Kidurong jam 1 petang Khamis lalu dengan membawa muatan minyak sawit untuk ke Pelabuhan Klang.

Perjalanan itu dianggarkan mengambil masa seminggu.

Rompakan itu dikatakan berlaku kira-kira lebih sejam selepas pelaut meninggalkan Pelabuhan Kidurong.

Lokasi tepat rompakan itu tidak disahkan tetapi dipercayai berlaku di perairan antara Bintulu dan Mukah.

Tujuh pelaut termasuk seorang rakyat Malaysia dan enam warga Indonesia berada dalam kedua-dua kapal tunda dan tongkang terbabit.

Advertisement