Anda di sini

Permohonan berniaga di Bazar Ramadan Bintulu masih dibuka

Advertisement

BINTULU: Permohonan bagi peniaga ingin berniaga di Bazar Ramadan (tapak lapangan terbang lama Bintulu) masih dibuka kepada mana-mana individu.

Menurut Unit Pengurusan Pasar dan Penjaja BDA, harga bagi setiap lot bermula dari RM350 hingga RM600 mengikut lot niaga.

Buat masa sekarang, pengurusan menawarkan 30 lot makanan bergoreng, 20 lot berpanggang, 80 lot jualan kuih, burger dan minuman, 10 lot minuman dan 20 lot jualan pakaian serta barangan lain.

Pengurusan turut menyediakan surau untuk solat Terawih dan ruang kerja amal bagi pengagihan sedekah bubur lambuk dan sebagainya.

Dalam pada itu, ruang letak kereta turut disediakan bagi keselesaan peniaga dan orang ramai berkunjung ke Bazar Ramadan berkenaan.

Bazar Ramadan itu bermula 6 Jun hingga 5 Julai iaitu jam 12 tengah hari hingga 11 malam setiap hari sepanjang Ramadan.

Pengurusan turut mengingatkan setiap pemohon membawa salinan kad pengenalan, borang pemeriksaan kesihatan, resit atau surat pengambilan suntikan antitifoid dan salinan kursus pengendalian makanan sekiranya ingin membuat permohonan.

Untuk pertanyaan atau maklumat lanjut hubungi terus talian Unit Pengurusan Pasar dan Penjaja di talian 086-332662.

Advertisement