Anda di sini

Remaja lelaki ditemui mati tergantung di dapur rumah

Advertisement

BAU: Seorang remaja lelaki disahkan meninggal dunia selepas ditemui tergantung di dapur rumah keluarganya di Kampung Peninjau Baru, di sini semalam.

Menurut sumber, mangsa berusia 18 tahun itu ditemui keluarganya dan kemudian terus menurunkan mangsa dan menghubungi pihak hospital sekitar jam 2 petang.

“Mangsa bagaimanapun disah meninggal dunia oleh anggota paramedik yang tiba di rumah mangsa beberapa minit kemudian,” kata sumber.

Mayat mangsa kemudian dihantar oleh pihak polis ke Hospital Bau untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Bau DSP Mohd Sabri Hasnol semasa dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan memberitahu siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan.

Tambahnya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu keputusan bedah siasat.

Advertisement