Anda di sini

Kereta terbabas, empat nyaris maut

Advertisement
 Keadaan kenderaan dinaiki keempat mangsa setelah terbabas ke tepi jalan petang kelmarin.

ROSAK TERUK: Keadaan kenderaan dinaiki keempat mangsa setelah terbabas ke tepi jalan petang kelmarin.

SIBU: Empat penumpang sebuah kenderaan pacuan empat roda nyaris terbunuh setelah terbabit dalam kejadian kemalangan di Kilometer 118 Jalan Sibu/Bintulu.

Kejadian malang tersebut dilaporkan berlaku sekitar jam 4 petang kelmarin ketika mereka menghala ke Sibu.

Punca insiden tersebut masih dalam siasatan apabila kenderaan dinaiki mereka hilang kawalan dan terbabas ke tepi jalan.

Seorang penumpang wanita yang juga pemandu kenderaan berkenaan cedera di kepala.

Mangsa dibawa mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Selangau sebelum dirujuk ke Hospital Sibu bagi menerima rawatan lanjut.

Advertisement