Anda di sini

UTC tutup sempena Gawai, Hari Keputeraan Agong

Advertisement

KUCHING: Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Jalan Bukit Mata di sini, akan ditutup pada 1 dan 2 Jun (Rabu dan Khamis) sempena perayaan Hari Gawai.

Kenyataan akhbar yang dikeluarkan kelmarin, menyatakan bahawa UTC juga akan ditutup lebih awal pada 31 Mei (Selasa) iaitu jam 2 petang.

UTC akan beroperasi seperti biasa bermula jam 8 pagi hingga 9 malam pada 3 Jun (Jumaat) manakala pada 4 Jun (Sabtu) ia akan ditutup semula sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong.

Selain itu, waktu operasi UTC turut berubah sepanjang bulan Ramadan bermula 5 Jun iaitu bermula jam 8 pagi hingga 4.30 petang setiap hari.

Advertisement