Anda di sini

Takraw: Pusat Belia Miri D juara Piala Bandaraya Miri

Advertisement
 Pemenang kejohanan sepak takraw terbuka Miri Piala Bandaraya Miri bersama tetamu sebaik berakhir kejohanan itu malam kelmarin.

TAHNIAH: Pemenang kejohanan sepak takraw terbuka Miri Piala Bandaraya Miri bersama tetamu sebaik berakhir kejohanan itu malam kelmarin.

MIRI: Pusat Belia Miri D muncul juara keseluruhan Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Miri Piala Bandaraya Miri selepas mengalahkan JJCM Sabah pada perlawanan akhir malam kelmarin.

Selaku juara, Pusat Belia Miri D merangkul piala kejohanan, medal iringan serta wang tunai berjumlah RM5,000 sementara JJCM Sabah menerima RM3,000, piala dan medal iringan.

Sementara itu, Pusat Belia Miri A dan Pusat Belia Miri C masing-masing tempat ketiga sekali gus membawa pulang piala dan medal iringan bersama wang tunai RM1,000.

Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Pengerusi Kejohanan, Abdul Hamid Sulaiman mewakili Ahli Parlimen Sibuti, Ahmad Lai Bujang.

Sejumlah 24 pasukan termasuk dari Brunei, Sabah dan Semenanjung Malaysia mengambil bahagian pada kejohanan tiga hari bermula 20 sehingga 22 Mei lalu.

Pertandingan anjuran Persatuan Sepak Takraw (PST) Bahagian Miri itu dijadikan acara tahunan sebagai usaha mempromosikan sukan terbabit seterus mengasah bakat-bakat baharu.

Dalam perkembangan lain, Miri menjadi tuan rumah bagi acara sepak takraw temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak pada 22 hingga 27 Julai depan.

Sehubungan itu, kejohanan baharu dianjurkan oleh PST itu menjadi pendedahan awal kepada atletatlet terutama mewakili negeri masing-masing dalam acara sepak takraw.

 

Advertisement