Anda di sini

PBB Matang Lot muncul juara futsal dengan tewaskan MLB

Advertisement

KUCHING: Pasukan PBB Matang Lot mengesahkan kejuaraan apabila menewaskan MLB dalam aksi perlawanan akhir Pertandingan Futsal Piala KRT Taman Sri Harmony, Matang, semalam.

Kemenangan 2-1 ke atas jiran sekampung dicatat menerusi sepakan penalti selepas menamatkan saingan dengan keputusan seri 1-1.

Kejayaan itu membolehkan PBB Matang Lot membawa pulang piala kejohanan berserta wang tunai dan pingat.

Sementara itu, tempat ketiga dimenangi wakil dari Taman Palma, Talikikik selepas menundukkan H.I.V FT dengan jaringan 2-0 dalam perebutan tempat ketiga dan keempat.

Terdahulu dalam aksi separuh akhir kejohanan itu menyaksikan PBB Matang Lot menang 3-2 menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat tanpa jaringan ketika berdepan H.I.V FT manakala MLB menang tipis 1-0 ke atas Talikikik.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong Fazzrudin Abdul Rahman.

Dalam ucapannya, beliau memuji semangat kesukanan yang dipamerkan setiap peserta pertandingan.

Justeru katanya, usaha untuk terus memantapkan semangat kesukanan itu, beliau bersetuju untuk menganjurkan kejohanan sama bagi golongan wanita pada September depan.

Difahamkan kejohanan tersebut turut disertai 12 pasukan yang tetutup kepada pasukan dari kawasan KRT N6 Tupong.

 

Advertisement