Anda di sini

Pelajar diugut kenalan maya sebar video bogel

Advertisement

SIBU: Seorang lelaki terkena jerat sendiri apabila seorang kenalan media sosial Facebook warga Filipina mengugut untuk menyebarkan video bogel di alam maya.

Dalam kejadian pada jam 10 semalam, pengadu, 19, seorang pelajar sekolah menengah di sini telah menerima satu pesanan ringkas SMS daripada kenalan tersebut yang dikenali sebagai ‘Maica’ telah meminta pengadu untuk mengirimkan wang sejumlah RM5,000.

Wanita tersebut dikatakan telah mengugut pengadu bahawa dia akan menyebarkan video bogelnya yang dirakam semasa mereka berhubung melalui aplikasi Skype sebelum ini.

Disebabkan pengadu tidak mempunyai wang sebanyak yang diminta, wanita tersebut mengurangkan jumlah tersebut kepada RM2,000.

Yang peliknya, pengadu baharu mengenali wanita Filipina tersebut melalui media sosial berkenaan selama dua hari.

Bimbang sesuatu yang lebih buruk akan berlaku terhadap dirinya, pengadu tampil membuat laporan polis semalam dan kes tersebut masih dalam siasatan polis.

Advertisement