Anda di sini

SEB alu-alukan pengesahan pelaksanaan baik Murum oleh Ketua Audit Negara

Advertisement

KUCHING: Sarawak Energy Berhad (SEB) mengalu-alukan pengesahan Ketua Audit Negara berhubung pengurusan projek hidro elektrik Murum.

Menurut SEB menerusi kenyataan akhbarnya semalam, pihak audit mengesah-kan bahawa projek tersebut dilaksana begitu baik, malah semua tenaga datang dari projek itu dijual kepada pelabur Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).

Kata kenyataan itu, ia me-rupakan pelaburan signifikan di kawasan penempatan semula itu untuk penduduk terjejas.

“Sebagai syarikat bertanggungjawab dan dimiliki kerajaan negeri, kita akan terus memberi khidmat terbaik khusus kepada rakyat di negeri ini.

“Malah kita mengalu-alukan peluang belajar lagi dan melakukan terbaik pada masa akan datang,” katanya.

Jelasnya, projek HEP Murum siap sepenuhnya dan kini membekal kuasa elektrik kepada rakyat dan perniagaan di Sarawak pada paras harga persaingan peringkat global, yang boleh dicapai menerusi tenaga hidro.

Jelasnya, ia turut menambah tenaga kuasa lebih efisien sebagai faktor penting di belakang keputusan kerajaan negeri dalam mengurang tarif elektrik di Sarawak tahun lalu sehingga menjadi paling rendah di Malaysia dan antara terendah rantau ASEAN.

Mengulas mengenai cada-ngan kepada ‘kos tambahan’, SEB menjelaskan, faktor semula jadi pembangunan tenaga hidro akan sentiasa merekodkan kos tertentu yang tidak boleh diletakkan harga secara tepat pada permulaan pembinaan projek.

Sebaliknya, kos tersebut akan dianggap sebagai kos sementara, dengan jumlah kos akhir yang akan diputuskan oleh keadaan fizikal yang sebenarnya mengambil alih tapak projek tersebut.

“Bagi projek di Murum, kos sementara dijangka dan direncana SEB pada awalnya. Pasukan kita mampu berunding mengenai kontrak yang berjaya diatasi dengan penyampaian hasil dan kos sangat efektif.

“Justeru, kita memandang jauh untuk mengaplikasi-kan kebaikan yang didapati menerusi Murum dalam memberi manfaat kepada seluruh rakyat Sarawak,” kata ke-nyataan itu lagi.

Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang, menerusi laporan auditnya pada 2015 berkata, audit dijalankan antara April hingga Ogos 2015 me-nyimpulkan bahawa pengurus Projek HEP Murum adalah di peringkat memuaskan.

Bagaimanapun, terdapat beberapa isu timbul yang perlu diselesai termasuk kos tambahan berjumlah RM530 juta yang memberi kesan kepada peningkatan jumlah kos kontrak kepada RM2.98 bilion.

 

Advertisement