Anda di sini

Jadikan mengajar budaya bukan kerana makan gaji

Advertisement

MUKAH: Mengajar bukan hanya pekerjaan berbayar tetapi ia satu tanggungjawab mendidik dan membimbing anak murid atau pelajar dalam melahir modal insan berpenge-tahuan.

Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahteraan Masyarakat Datuk Fatimah Abdullah berkata, justeru guru khasnya harus memikul tugas berkenaan dengan melengkap murid dengan pengetahuan serta maklumat.

“Selain itu, mengajar juga merangkumi dengan memberi panduan ke arah jalan yang baik serta memupuk nilai betul kepada anak didik.

“Sebagai seorang guru tugas kita adalah membentuk masyarakat berilmu, berbudaya, selain saintifik serta memupuk masyarakat yang bersatu dengan menerapkan nilai penyayang cintakan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis sambutan Hari Guru 2016 Peringkat Daerah Dalat di sini, semalam.

Fatimah juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat berkata, tema ‘Guru Pembina Negara Bangsa’ amat wajar memandangkan ia aktiviti asas di mana-mana negara.

Malahan katanya, mendidik merupakan satu profesion mulia dalam mewujudkan bangsa serta dunia ke arah lebih baik dan damai.

“Anda sebagai guru harus berasa bangga jika anda melakukan terbaik dalam membentuk atau melahir ge-nerasi muda,” katanya.

Pada majlis itu, beliau me-nyampaikan beberapa geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) kepada sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Geran PIBG ia diserahkan kepada dua sekolah menengah, iaitu SMK Dalat dengan dan SMK Oya, masing-ma-sing menerima geran bernilai RM10,000 sementara bagi sekolah menengah sebanyak 17 buah sekolah dengan geran keseluruhan RM60,000.

Fatimah turut menyampaikan geran Yayasan Pendidikan Dalat untuk bantuan sekali gus (one-off) kepada pelajar yang melanjutkan pelajaran ke peringkat sijil, diploma, ijazah dan matrikulasi dengan nilai keseluruhan geran RM50,000.

Sementara bagi geran untuk program PPD (Pejabat Pendidikan Daerah) Dalat, RM10,000 bagi tujuan sambutan Hari Guru, aktiviti ‘smart camp UPSR’ (RM5,000), Kepimpinan Guru Besar (Penolong Kanan) (RM3,000) dan MSSR (RM15,000).

Hadir sama majlis berkenaan, Pegawai PPD Ahli Chikba, Pengetua SMK Dalat, Magdaline Jon, Pengetua SMK Oya Malihah Sirat, Pengetua SMK Batang Igan Khasim Brahim dan Temenggung bahagian Mukah, Hendi Suhai.

 

Advertisement