Anda di sini

Lelaki tidak mengaku bersalah ubah wang haram RM4.2 juta

Advertisement

SIBU: Seorang lelaki berusia 53 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas dua pertuduhan melibatkan pengubahan wang haram berjumlah RM4,194,242.

Nge Koh Teck, didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu memperoleh wang berjumlah RM3,472,842 yang merupakan hasil daripada aktiviti haram.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu antara 17 Febuari 2011 hingga 26 September 2013.

Bagi satu lagi pertuduhan, Nge didakwa terlibat mengubah wang haram berjumlah RM721,400 antara 28 Mac 2013 hingga 18 Disember 2014.

Nge diwakili peguam bela David Lim dibenar bebas dengan ikat jamin RM300,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu sebutan semula kes pada 19 Julai ini.

Dalam kes berasingan, seorang lagi lelaki berusia 47 tahun turut mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mengubah wang haram berjumlah RM128,200.

James Ting Pik Chai, didakwa melakukan kesalahan itu antara 12 Mac 2013 hingga 26 September 2013.

Sementara menunggu sebutan semula kes 19 Julai ini, Ting dibenar bebas dengan ikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin. Ting diwakili oleh peguam bela Darren Ling.

Bagi kesalahan itu, kedua-dua mereka didakwa mengikut Subseksyen 4(1)(a), Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.

Advertisement