Anda di sini

OKU antara dua yang maut dalam kemalangan di Batu 17, Jalan Kuching-Serian

Advertisement

Oleh Jeremy Lanson

KUCHING: Seorang wanita orang kelainan upaya (OKU) antara dua yang disahkan terkorban dalam nahas jalan raya melibatkan sebuah Hilux dan Viva di Batu 17 Jalan Kuching-Serian sekitar jam 4 petang tadi.

Mangsa yang meninggal dunia ialah Julie Steward berusia 30 tahun dan merupakan penumpang hadapan Viva tersebut bersama pemandunya Steward Bojeng.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Farhan Sufyan berkata kedua-dua mangsa bersama dua lagi wanita (penumpang) tersepit di dalam Viva.

"Empat mangsa yang tersepit di dalam kereta Viva berjaya dikeluarkan, di mana seorang lelaki (pemandu) disahkan meninggal dunja oleh pihak perubatan.

"Seorang lagi mangsa (Julie) disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Umum Sarawak (HUS)," katanya.

Sementara dua lagi penumpang (wanita) Viva kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan masih dirawat di HUS.

Punca kemalangan masih dalam siasatan.

Advertisement