Anda di sini

Lelaki ditemui mati tergantung di bilik tidur

Advertisement

KUCHING: Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan tergantung di bilik tidurnya di sebuah rumah di Batu 7 Jalan Matang-Batu Kawah dekat sini, semalam.

Menurut sumber, mangsa berusia 43 tahun itu ditemui oleh ibunya yang berusia 70 tahun ketika ingin memangil mangsa untuk bersiap sedia ke tempat kerja sekitar jam 7 pagi.

“Ibu mangsa memangil mangsa beberapa kali namun tiada jawapan. Kemudian ibu mangsa memangilnya melalui tingkap bilik berkenaan dan terkejut apabila melihat mangsa dalam keadaan tergantung,” kata sumber.

Difahamkan, ibu mangsa kemudian segera membuka pintu bilik berkenaan menggunakan tukul besi dan terus cuba menyelamat mangsa dan turut menghubungi pihak ambulans.

“Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” kata sumber yang turut memberitahu anggota dari balai polis berhampiran juga tiba di lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan.

Mayat mangsa telah dihantar ke rumah mayat Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Siasatan lanjut polis masih dijalankan.

 

Advertisement