Anda di sini

Kotak meter elektrik di tiga bilik rumah panjang meletup

Advertisement
 Keadaan kotak meter elektrik salah satu pintu Rumah Panjang Sedarat Salin yang memetup kelmarin.

ROSAK: Keadaan kotak meter elektrik salah satu pintu Rumah Panjang Sedarat Salin yang memetup kelmarin.

ENGKILILI: Tatkala penghuni Rumah Sujang, Sedarat Salin di sini sibuk menyediakan makanan malam, tiba-tiba kotak meter elektrik di tiga bilik rumah panjang tersebut meletup lalu mengeluarkan percikan api.

Kejadian menggemparkan itu berlaku sekitar jam 7 malam kelmarin.

Jurucakap bomba berkata, tiga keluarga terbabit dengan kejadian itu ialah Usik Badup, Salleh Sujang dan Galau Unggin.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 7.23 malam dan seterusnya menghantar tujuh anggota diketuai Jilin Itar ke lokasi kejadian.

“Hasil siasatan awal kami mendapati kejadian letupan kotak meter elektrik itu dipercayai berpunca masalah lebihan arus elektrik,” katanya di sini semalam.

“Bagaimanapun, insiden tersebut tidak menimbulkan sebarang kejadian kebakaran dan hanya menyebabkan kerosakan kotak meter tersebut,” katanya.

Sementara itu kejadian sama turut berlaku di Rumah Ulin, Sedarat Baru dan Sekolah Kebangsaan (SK) Sedarat, di sini pada malam yang sama.

BBP Betong menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 7.12 malam.

Berikutan itu, BBP Betong menghantar 10 anggota diketuai Tony Morni bersama sebuah jentera FRT, sebuah jentera EMRS dan pacuan empat roda ke lokasi tersebut.

Turut hadir di tempat kejadian ialah Ketua Balai BBP Betong, James Whelan.

Pegawai penyiasat bomba masih mengenal pasti punca sebenar kejadian itu.

 

Advertisement