Anda di sini

Seorang lelaki warga M’sia mati ditembak di Hatyai

Advertisement
 Nizam Ahmad berasal dari Pulau Pinang mati ditembak kira-kira 3.30 pagi semalam (waktu tempatan)  ketika menunggang motosikal menuju ke sebuah hotel di pekan Hatyai dekat Thailand, semalam. — Gambar Bernama

DITEMBAK: Nizam Ahmad berasal dari Pulau Pinang mati ditembak kira-kira 3.30 pagi semalam (waktu tempatan) ketika menunggang motosikal menuju ke sebuah hotel di pekan Hatyai dekat Thailand, semalam. — Gambar Bernama

HATYAI: Seorang lelaki warga Malaysia mati ditembak ketika sedang menunggang motosikal menuju ke sebuah hotel di pekan Hatyai kira-kira jam 3.30 pagi semalam.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Hatyai Kol Khittichai Sankha-thavorn, mangsa dikenali sebagai Mohd Nizam Ahmad Basrah, 28, berasal dari Pulau Pinang.

“Mayat mangsa ditemui terbaring dengan kesan tembakan di dada dan punggungnya di Jalan Phadungpakdee,” katanya kepada pemberita di sini semalaml.

Polis katanya turut menemui dua kelongsong peluru 9mm di lokasi kejadian.

Khittichai berkata, polis sedang memeriksa motosikal yang ditunggang mangsa dan pemiliknya serta rakaman kamera litar tertutup di lokasi berhampiran bagi membantu siasatan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Hatyai untuk dibedah siasat, katanya. — Bernama

Advertisement