Anda di sini

Sunny, Haiyanti ungguli Kuching City Warrior Challenge 2016

Advertisement

KUCHING: Acara Kuching City Warrior Challenge (KCWC) 2016 menyaksikan Sunny Jong dan Haiyanti Ibrahim muncul juara bagi kategori lelaki dan wanita pada edisi pertama larian berhalangan itu.

Kemenangan tersebut membolehkan Sunny dan Haiyanti membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 berserta piala.

Sementara itu, tempat kedua bagi kategori lekaki dimenangi John Lonhienne, manakala tempat ketiga disandang Khairul Azmin Sodiwal.

Bagi kategori wanita dimenangi Shean Ying Sim dan Tan Ai Pong masing-masing naib juara dan ketiga.

Tempat kedua dan ketiga berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 dan RM2,000 serta piala dan medal.

Majlis penyampain hadiah disempurnakan oleh Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Datuk Abang Abdul Wahab Abang Julai yang mewakili Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

Program sukan berkonsepkan aktiviti lasak itu merupakan anjuran Shockers Tribe Sdn Bhd berjaya menarik lebih 2,000 peserta dari dalam dan luar negara.

Acara diadakan di Padang Merdeka bermula seawal jam 4.

30 pagi turut menguji stamina peserta menyertai larian berhalang sejauh lima kilometer.

Acara sukan itu terbahagi kepada dua kategori iaitu ‘Warrior Challenge’ dan ‘Fun Challenge’.

Peserta ‘Warrior Challenge’ melakukan larian sejauh lima kilometer serta berhadapan 10 halangan serta wajib melakukan latihan ala komando.

Manakala dalam acara ‘Fun Challenge’, peserta juga berhadapan dengan beberapa halangan pilihan malah mereka boleh melangkau halangan itu.

Antara halangan ditempuhi peserta ialah iceberg, gorilla swinger, slug crawler, three hundred, barricade, alter bridge, wet swinger, triclimber, lumber jack dan the final tower.

Advertisement