Anda di sini

Langkasuka johan Liga Futsal Jom Berambeh Anak Muda Sarawak

Advertisement

BINTULU: Skuad Langkasuka muncul johan Liga Futsal Jom Berambeh Anak Muda Sarawak anjuran Kelab Rakan Muda Bandar Bintulu dan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Bintulu di Stadium Muhibah selama tiga hari dan berakhir Jumaat.

Dengan kemenangan itu, Langkasuka menerima hadiah wang tunai RM600.

Manakala naib johan pula disandang oleh Twister sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM400.

Perlawanan akhir itu menyaksikan Langkasuka menang 9-8 melalui penentuan sepakan penalti mengatasi Twister setelah kedua-dua pasukan seri dengan jaringan 5-5.

Pasukan lain yang turut menyertai pertandingan itu ialah Educator, Luk Lalai, Remix, Freeball FT, Sky Family dan Millenium.

Kejohanan itu diadakan bertujuan untuk memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan anak muda Sarawak, mencungkil bakat-bakat baharu belia dalam sukan futsal, memupuk semangat kerjasama dan perpaduan dalam belia serta mendekatkan belia dengan pemimpin setempat.

Advertisement