Anda di sini

Orang ramai dipelawa sertai Miri City Day Half Marathon

Advertisement

MIRI: Penduduk Miri masih dialu-alukan untuk menyertai Miri City Day Half Marathon (MCDHM) yang berlangsung pada Ahad (15 Mei) ini, di Marina Park City.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM) Lawrence Lai berkata, sehingga semalam pihaknya telah menerima 2,000 penyertaan dan masih membukanya kepada mereka yang berminat.

“Sasaran kita adalah 5,000 peserta dan kita telah menerima penyertaan seramai 2,000 orang dan masih mengalualukan penyertaan.

“Pelawaan penyertaan ini juga terbuka kepada masyarakat luar, khususnya pelancong luar Miri yang hadir menyaksikan Borneo Jazz pada 13 Mei dan 14 Mei, bagi memeriahkan lagi larian terbabit yang turut sempena dengan sambutan Hari Bandaraya Miri,” jelasnya ketika mempengerusikan Jawatankuasa MCDHM di sini semalam.

Selain itu, katanya, aktiviti terbabit secara langsung turut mempromosikan gaya hidup sihat dikalangan masyarakat.

Menurut Lai, Half Marathon merupakan antara yang disenaraikan dalam kalendar aktiviti Miri May Fest, anjuran Robust Lifestyle dengan kerjasama MBM, Pejabat Residen Miri, Lembaga Pelancongan Sarawak dan Hotel ParkCity Everly.

Larian berkenaan dibahagi kepada tiga kategori iaitu 21km, 10km dan 5km Fun Run.

“Bagi kategori Fun Run 5km yang terbuka kepada semua lapisan masyarakat, kita galakkan ibu bapa untuk turut membawa anak-anak mereka bagi bersama menyertainya,” tambahnya.

Datuk Lee Kim Shin dijangka akan hadir bagi merasmikan larian terbabit.

Mereka yang berminat untuk maklumat lanjut, boleh menghubungi jawatankuasa penganjur 016- 8835211 (Pui), 012-8878977 (Sylvester) dan 016-8738933 (Dzul) atau melayari laman sesawang www.mirimarathon.com.

Advertisement