Anda di sini

Sarawak akur sekadar muncul naib juara

Advertisement
 Kontinjen Sarawak meraikan kemenangan muncul naib juara setelah ketinggalan satu pingat emas daripada Selangor pada kejohanan olahraga MSSM di Terengganu. — Gambar ihsan Christopher Tinkai

NAIB JUARA: Kontinjen Sarawak meraikan kemenangan muncul naib juara setelah ketinggalan satu pingat emas daripada Selangor
pada kejohanan olahraga MSSM di Terengganu. — Gambar ihsan Christopher Tinkai

KUCHING: Kontinjen Selangor menewa ska n Sarawak dengan hanya perbezaan satu pingat emas pada Kejohanan Balapan dan Padang Antara Sekolah MSSM ke-58 yang berakhir di Stadium Sultan Mizan Kuala Terengganu pada Sabtu lalu.

Selangor mengutip 14 emas, sembilan perak dan lapan gangsa manakala Sarawak merangkul 13 emas, 15 perak dan 13 gangsa untuk merampas kejuaraan kali terakhir dimenangi pada 2000.

Kontinjen Sarawak yang mendahului kutipan pingat dengan 12 emas pada hari keempat terlepas peluang mempertahan kejuaraan apabila hanya mengutip satu emas pada hari terakhir.

Emas dirangkul oleh Johnny Ling dalam acara lontar tukul besi dengan lontaran sejauh 59.68 meter.

Peluang itu dimanfaatkan sepenuhnya oleh atlet-atlet Selangor apabila berjaya menambah empat pingat emas termasuk tiga menerusi acara lari berganti-ganti (4×200 meter dan 4×400 meter).

Kejutan besar apabila atlet Selangor, Nurhashima Mohd Shahril berjaya merangkul emas dalam acara lontar peluru wanita dengan lontaran sejauh 12.55 meter.

Beliau menewaskan dua atlet dari Sarawak, Betty Hoong (12.05 meter) dan Grace Wong (11.42 meter).

Sarawak turut terlepas emas pada hari terakhir apabila Audray MacShaquille yang cemerlang pada hari pertama dalam acara 100 meter ditewaskan atlet Kuala Lumpur, Zubaidi Mohd Buang.

Kontinjen Bumi Kenyalang terus kecewa apabila atlet wanita dalam acara lari ganti-ganti terlepas emas selepas tewas di tangan Pulau Pinang pada acara final.

Dengan kejayaan tersebut, Selangor menamatkan penguasaan Sarawak selama enam tahun berturut-turut pada kejohanan berprestij kebangsaan itu.

Sarawak menghantar 90 atlet pada kejohanan ini memenanginya sebanyak 19 kali juara daripada 23 penganjuran (1993-2015) termasuk enam tahun terakhir.

Johor menduduki tempat ketiga dengan mengutip 11 emas, lima perak dan 17 gangsa dan tuan rumah Terengganu menduduki tempat keempat dengan sembilan emas, enam perak dan tujuh gangsa.

Menduduki tempat kelima hingga ke-16 ialah Kuala Lumpur, Sabah, Pahang, Kedah, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Perlis, Melaka, Labuan dan Putrajaya.

 

 

Advertisement