Anda di sini

Rumah Perdana muncul juara keseluruhan sukan SK Kidurong

Advertisement
 Ketua kontinjen Rumah Perdana bersama guru-guru pada acara penyampaian hadiah.

JUARA: Ketua kontinjen Rumah Perdana bersama guru-guru pada
acara penyampaian hadiah.

BINTULU: Rumah Perdana muncul juara keseluruhan Kejohanan Sukan Antara Rumah Sekolah Kebangsaaan (SK) Kidurong berlangsung di Stadium Mini Bintulu.

Naib juara disandang Rumah Wira manakala tempat ketiga Rumah Iswara manakala keempat jatuh kepada Rumah Satria.

Penganjuran sukan antara rumah ini adalah bagi menerapkan budaya sukan kalangan murid-murid sekolah rendah.

Selain mencungkil bakat dalam bidang sukan membolehkan mur id-mur i d berbakat diketengahkan ke peringkat lebih tinggi pada masa hadapan.

 

 

Advertisement