Anda di sini

Janet hormati keputusan pengundi di DUN Pelawan

Advertisement
 Janet mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan dan pengundi di DUN Pelawan.

HORMAT: Janet mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan dan pengundi di DUN Pelawan.

SIBU: Calon Barisan Nasional (BN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelawan Kapitan Datuk Janet Lau semalam menghormati keputusan pengundi di konstituensi itu selepas beliau tewas pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11) ini.

Dalam kenyataannya kepada media semalam, Janet berkata perjuangannya pada PRN11 telah selesai dan hidup mesti diteruskan seperti biasa.

Beliau turut menghargai petugas pilihan raya yang telah bekerja keras dengannya sebelum dan semasa kempen PRN11.

Janet juga mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakannya dan pengundi di DUN Pelawan.

“Saya tidak dapat menyebut anda satu persatu dan hanya dengan ucapan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada sokongan semua,” jelasnya.

Beliau menggesa jentera dan pasukannya terus bekerja demi kebaikan Pelawan pada masa akan datang.

Dalam keputusan PRN11 diumumkan pada malam Sabtu lalu, Janet menerima sebanyak 4,146 undi.

Penyandang kerusi DUN Pelawan iaitu calon DAP David Wong meraih 6,513 undi manakala calon Parti Reformasi Negeri (STAR) Priscilla Lau mendapat 281 undi.

Wong mengekalkan kerusinya dengan majoiriti 2,367 undi sementara 68 undi rosak.

Advertisement