Anda di sini

Pembangkang terus jadikan GST ‘peluru’ tembak kerajaan

Advertisement

KUCHING: Pembangkang terus menjadikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebagai ‘peluru’ untuk menembak kerajaan di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) dengan memutar belit fakta.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata tanpa penstrukturan percukaian dan pendapatan akan menjejaskan ekonomi dan pendapatan negara.

“Secara keseluruhan kita dapat gambaran besar apa yang dimaksudkan, kalau kita tidak menstrukturkan percukaian dan pendapatan kita, sudah pasti pendapatan negara akan kurang.

“Bukan sahaja Pan Borneo, gaji kakitangan kerajaan pun kerajaan tidak akan dapat bayar kalau tidak ada GST,” katanya mengulas berhubung kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengatakan ‘No GST, No Pan Borneo’.

Menurut Fadillah kerajaan dahulunya bergantung kepada 40 peratus hasil minyak dan gas pada harga AS$120 setong.

Namun, kini belanjawan negara untuk 2016 hanya berasaskan AS$45 setong yang menunjukkan penurunan hampir AS$30 setong.

 

Advertisement