Anda di sini

Jiran tangkap remaja ketika pecah rumah

Advertisement
 Suspek diserahkan kepada pasukan polis untuk siasatan dan tindakan lanjut.

TANGKAP: Suspek diserahkan kepada pasukan polis untuk siasatan dan tindakan lanjut.

SIBU: Seorang suspek lelaki dipercayai melakukan jenayah pecah rumah di Taman Quarry sebelum ini akhirnya berjaya ditangkap orang awam pagi Selasa lalu.

Remaja lelaki tempatan berumur 20-an dipercayai suspek sama memecah masuk rumah pengadu pada 24 April lalu.

Dalam kejadian pada jam 11 pagi itu, pengadu terserempak dengan kelibat suspek muncul di pintu depan rumahnya.

Terkejut melihat tetamu tidak diundang itu cuba memanjat pagar jiran rumah sebelah, pengadu terus menjerit meminta bantuan jiran sebelah.

Pasukan polis telah dimaklumkan selepas suspek berjaya ditangkap oleh orang awam yang tinggal di kawasan perumahan yang sama.

Setelah diperiksa, pengadu mendapati keadaan dalam tiga biliknya berselerak dipercayai telah diselongkar suspek terbabit.

Terdapat beberapa barangan milik pengadu didapati hilang namun anggaran kerugian belum dapat dikenali pasti.

Pengadu percaya suspek mungkin pencuri sama memecah masuk rumahnya baru-baru ini.

Suspek telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan dan tindakan lanjut.

 

Advertisement