Anda di sini

Polis serbu lelaki terlibat jual nombor ekor haram

Advertisement
 Pelbagai peralatan jual nombor ekor yang dirampas polis.

RAMPAS: Pelbagai peralatan jual nombor ekor yang dirampas polis.

LIMBANG: Kegiatan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam kegiatan penjualan nombor ekor haram terbongkar selepas diserbu polis di sini kelmarin.

Serbuan dijalan jam 5.30 di sebuah rumah di Taman Sentosa oleh sepasukan polis dari IPD Limbang.

Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Mohd Bukhori Saffai berkata dalam serbuan itu polis menjumpai pelbagai peralatan penjualan nombor ekor.

“Antara barangan yang dirampas termasuk helaian kertas tertulis nombor empat angka, telefon bimbit, kalkulator, wang tunai RM549 dan pelbagai peralatan lain,” katanya disini semalam.

Kes terbabit katanya akan disiasat di bawah Seksyen 4A (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

 

Advertisement