Anda di sini

Penjawat awam ditahan selepas positif dadah

Advertisement

LIMBANG: Seorang kakitangan kerajaan bertugas di sempadan ditahan polis selepas didapati positif dadah jenis Methapetamine dan Ampethamine selepas menjalani ujian di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Limbang petang kelmarin.

Suspek lelaki berusia 31 ditahan sekitar jam 5.15 petang sepasukan polis diketuai Inspektor Muhammad Shafiq.

Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Mohd Bukhori Saffai berkata hasil siasatan awal mendapati bahawa suspek terlibat dengan dadah jenis syabu sejak 2014.

“Suspek ditahan pertama kali di atas kesalahan dadah,” katanya sambil menjelaskan suspek ditahan dalam tempoh 24 jam untuk siasatan.

Dalam kes berasingan beliau menjelaskan lagi seorang wanita 37 ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Paya Anak Bukit sekitar jam 5.40 petang kelmarin.

Dalam serbuan itu polis menjumpai enam paket plastik cerah lutsinar yang mengandungi ketulan kristal disyaki dadah.

“Suspek wanita juga positif Methapetamine dan Ampethamine selepas ujian saringan awal polis dilakukan ke atasnya,”ujarnya lagi.

Siasatan akan diteruskan bagi mengesan punca bekalan dadah yang diperolehi dan penglibatan rakan-rakan suspek.

Kes ter sebut akan disiasat di bawah Seksyen 12(2)ADB 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

 

Advertisement